Thursday, November 5, 2009

Tun Haji Mohammad Fuad Stephens


Tun Haji Mohammad Fuad Stephens dilahirkan pada 14 September 1920. Sebelum beliau memeluk agama Islam beliau dikenali sebagai Donald Stephens. Selain daripada Tun Datu Mustapha, Tun Fuad juga merupakan salah seorang tokoh penting yang telah membawa negeri Sabah daripada terus berada dalam jajahan Britain. Beliau merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia. Beliau telah menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) pada tahun 1961 yang telah menyatukan masyarakat Kadazan dan Dusun. Beliau juga merupakan bekas seorang wartawan dan beliau telah mengasaskan surat khabar tempatan yang dikenali sebagai Sabah Times kerana menyedari pentingnya penyampaian maklumat pada ketika itu.

Beliau merupakan Ketua Menteri sabah yang pertama dan menduduki kerusi Ketua Menteri lagi sekali pada 1976 tetapi hanya dalam tempoh 44 hari berikutan kapal terbang yang beliau naiki terhempas di kawasan paya Sembulan bersama dengan pemimpin-pemimpin negeri yang lain pada 6 Jun 1976 yang lebih dikenali sebagai 'Double Six'. Pemimpin lain yang turut terkorban ialah Datuk Haji Salleh Sulong, Datuk Peter Mojuntin dan Encik Chong Thain Vun. Selain itu, beliau juga pernah menjadi Tuan Yang Di Pertua Negeri Sabah yang Ketiga.

No comments:

Post a Comment