Friday, November 6, 2009

Penubuhan Malaysia

A. Gagasan Persekutuan Malaysia Cadangan Tunku Abdul Rahman

1. Ucapan Tunku Abdul Rahman dianggap sebagai idea penubuhan Persekutuan Malaysia.
2. Ia mendapat sambutan positif daripada pemimpin wilayah yang terlibat.
3. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan pada bulan
Julai 1961.
4. Jawatankuasa mengadakan rundingan dengan pemimpin wilayah-wilayah yang
terlibat sebagai langkah awal ke arah merealisasikan gagasan Malaysia.
5. Tiga bulan kemudiannya, Tunku Abdul Rahman membawa usul gagasan
Persekutuan Malaysia di Dewan Rakyat.

6. Matlamat pembentukan Persekutuan Malaysia:

a) Mempercepatkan kemerdekaan
* Saiz Singapura dan jumlah Sarawak, Sabah dan Brunei yang terlalu kecil
menyukarkan usaha memperoleh kemerdekaan secara persendirian daripada
British.
* Mempercepatkan kemerdekaan Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei.

b. Keselamatan dan Kestabilan Negara
* Menyelamatkan Singapura dan Sarawak daripada jatuh ke tangan komunis.

c. Keseimbangan Kaum
* Mengimbangi penduduk Melayu dan bumiputera dengan bukan bumuputera
dalam pembentukan Malaysia.

d. Memajukan sosio-ekonomi
* Mewujudkan kawasan pasaran ekonomi yang lebih luas.
* Menyatiupadukan sumber tenaga manusia dan sumber asli di kalangan negeri
dalam persekutuan.
* menghapuskan sekatan cukai di kalangan negeri persekutuan.
* menudahkan usaha untuk menarik pemodal luar. Memajukan taraf hidup rakyat
Sarawak, sabah dan Brunei.

B. Reaksi Terhadap Pembentukan Persekutuan Malaysia

Negeri Terlibat

1. Persekutuan Tanah Melayu
a. Penduduk Tanah Melayu menerima prinsip gagasan Persekutuan Malaysia tetapi berbeza pendapat tentang cara pelaksanaannya.
b.Parti PAS menyokong idea pembentukan Malaysia dan mencadangkan pembentukan Melayu Raya yang merangkumi Indonesia.

2. Singapura

a. Parti Tindakan Rakyat (PETIR) di bawah pimpinan Lee Kuan Yew menyokong gagasan Persekutuan Tanah Melayu.
b. Gagasan akan menyelamatkan parti tersebut daripada dikuasai oleh parti yang berhaluan kiri.
c. Barisan Sosialis dan Parti Rakyat singapura menganggap gagasan Persekutuan Malaysia ialah rancangan pihak British untuk mengekalkan pengaruhnya.
d. Singapura mengadakan referendum bagi meninjau pendapat pebduduk terhadap gagasa Persekutuan Malaysia.
e. Hasil referendum mendapati penduduk Singapura menyokong penggabungan Singapura ke dalam Malaysia.

3. Sabah

a. Reaksi parti-parti politik di Sabah adalah seperti jadual di bawah:
* Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu(UNKO)
- Awal =Menyokong
- Akhir =Menyokong
* Persatuan Kebangsaan Sabah Bersatu(USNO)
- Awal =Menyokong
-Akhir =Menyokong
* Perti Bersatu
- Awal =Menyokong dengan syarat Sabah merdeka terlebih dahulu
- Akhir =Menyokong
* Parti Demokratik
- Awal =Menyokong dengan syarat Sabah merdeka terlebih dahulu
- Akhir =Menyokong
* Parti Pasok Momogun
- Awal =Menentang kerana Sabah perlu bersatu dengan Sarawak dan
Brunei
- Akhir =Menyokong
b. Parti Perikatan Sabah
* Kesemua parti politik di sabah bergabung membentuk Perikatan Sabah di bawah
pimpinan Donald Stephens dan Datu Mustapha Datu Harum.
• Perikatan Sabah telah memenangi pilihan raya Majlis Daerah yang pertama pada tahan 1962.
• Parti Perikatan Sabah telah memenangi 104 kerusi daripada 119 kerusi yang dipertandingkan.
• Selebihnya dimenangi oleh calon bebas yang kebanyakan menyokong Malaysia.
• Sabah bersepakat untuk menyertai Persekutuan Malaysia.

4. Sarawak

a. Pendirian parti-parti politik di Sarawak terhadap penubuhan Malaysia:
* Parti Bersatu Rakyat Sarawak(SUPP)
- Awal =Menentang kerana Sarawak perlu bersatu dengan Sabah dan
Brunei
- Akhir =Menyokong
* Parti Negara Sarawak(PANAS)
- Awal =Menentang
- Akhir =Menyokong
* Parti Kebangsaan Sarawak(SNAP)
- Awal =Menentang
- Akhir =Menyokong
* Parti Bersatu Rakyat(BERJASA)
- Awal =Menyokong
- Akhir =Menyokong
* Persatuan Cina Sarawak(SCA)
- Awal =Menyokong
- Akhir =Menyokong
* Parti Pesaka Anak Sarawak(PESAKA)
- Awal =Menyokong
- Akhir =Menyokong
b. Parti Perikatan Sarawak
* Kesemua parti politik di Sarawak akhirnya berpendirian untuk menyertai Persekutuan Malaysia kecuali SUPP.
* Parti-parti tersebut bergabung membentuk Perikatan Sarawak bagi menhadapi Pilihan Raya Majlis Daerah yang pertama diadakan pada tahun 1963.
* Parti Perikatan Sarwak memenangi pilihan pilihan raya tersebut.
c. Beliau mencadang penubuhan kerajaan Kalimantan Utara yang terdiri daripada Brunei, Sarawak dan Sabah.
d. Parti Rakyat Brunei membawa usul menentang gagasan Persekutuan Malaysia pada bulan Julai 1963.

5. Brunei

a. Sultan Brunei menyokong kuat idea gagasan Persekutuan Malaysia.
b. Namun begitu, A.M. Azhari pemimpin Parti Rakyat Brunei telah menetang.
c. Beliau mendakwa Brunei akan menjadi tanah jajahan sekiranya menyertai Persekutuan Malaysia.

6. Indonesia

a. Indonesia pada mulanya menyokong gagasan Persekutuan Malaysia.
b. Menteri Luar Indonesia, Dr. Subandrio mengutus ucapan tahniah kerana usaha untuk menubuhkan Malaysia.
c. Pendirian Indonesia berubah setelah terpengaruh dengan dakyah Parti komunis Indonesia (PKI).
d. PKI menuduh gagasan sebagai neokolonialisme.

e. Penubuhan Persekutuan Malaysia bertentangan dengan hasrat Sukarno untuk menyatukan Indonesia dengan Tanah Melayu bagi membentuk Indonesia Raya.

7. Filipina

a. Filipina menentang gagasan Persekutuan Malaysia mendakwa Sabah sebahagian wilayah Kesultanan Sulu.

8. Negara-negara Barat

a. Britian dan Amerika Syarikat menyokong gagasan Persekutuan Malaysia.
b. Kuasa besar mendapati gagasan Malaysia dapat mempercepatkan proses kemerdekaan Singgapura, Sarawak, Sabah dan Brunei.
c. Pada masa yang sama pengaruh komunis dapat disekat.

No comments:

Post a Comment