Thursday, November 5, 2009

Renungan Untuk Semua

Kata-Kata Semangat Terpilih

1) Jadilah benih yang baik, dicampak di laut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi rimba.

2) Melakukan sesuatu perkara tanpa matlmamat adalah seumpama belayar di lautan yang luas tanpa destinasi.

3) Sesuatu yang berfaedah tidak akan terlaksana tanpa perancangan yang khusus dan dijalankan secara sistematik dan berterusan dari hari ke hari.

4) Untuk mencapai kejayaan, kita mestilah percaya kepada diri sendiri, percaya kepada kebolehan dan keupayaan diri. Percayalah, individu yang sentiasa ragu-ragu tidak akan mampu mencapai sebarang kejayaan dalam hidup mereka.

5) Kebimbangan dan ketakutan adalah musuh utama kepada kejayaan diri. Enam asas ketakutan manusia iaitu:

- takut dikritik
- takut diserang penyakit
- takut ditimpa kemiskinan
- takut untuk menempuh hari tua
- takut kehilangan orang tersayang
- takut mati

6) Manusia boleh dikelaskan kepada dua kumpulan iaitu pemimpin dan pengikut. Pengikut selalunya tidak pernah mencapai apa-apa kejayaan yang besar dalam kehidupan mereka dan tidak akan berjaya sehinggalah mereka berjaya melepaskan diri daripada taraf PENGIKUT dan mula menjadi PEMIMPIN.

7) Setiap sesuatu yang pernah dicipta manusia adalah berasal daripada bayangan dalam minda manusia menerusi daya imaginasinya.

8) Buatlah lebih daripada yang sepatutnya dengan memberikan perkhidmatan yang lebih daripada sepatutnya. Dengan memberikan perkhidmatan yang lebih daripada sepatutnya kita akan berada dalam kelompok istimewa. Kita pasti akan menempa nama dalam bidang yang kita ceburi.

9) Keperibadian yang menyenangkan adalah keperibadian yang tiadak menunjukkan ciri-ciri menentang.

10) Jika kita mengimpikan kejayaan, maka kita perlulah mampu menumpukan masa dan tenaga kita ke arah mencapai matlamat dan tidak terbawa-bawa dengan perkara-perkara yang membazirkan.

No comments:

Post a Comment