Thursday, November 5, 2009

16 September Hari Malaysia

16 September merupakan hari yang sangat bermakna buat penduduk Sabah dan Sarawak kerana hari tersebut merupakan detik kemerdekaan buat 2 negeri itu yang secara rasminya diumumkan oleh YM Tunku Abdul Rahman Putra pada 16 Septemner 1963. Langkah kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib mengumumkan cuti umum pada 16 September adalah tepat walaupun pada hakikatnya 16 September merupakan cuti umum buat kerajaan negeri Sabah iaitu sempena Hari TYT negeri Sabah. Setidak-setidaknya sejarah pembentukan Malaysia dapat diingati dikalangan rakyat Malaysia secara menyeluruh. Ini kerana telah meresap dijiwa rakyat Malaysia bahawa 31 Ogos itulah satu-satunya tarikh yang perlu di ingati melalui pelbagai bentuk publisiti seperti dengan lagu kemerdekaan 31 Ogos dan sebagainya.

31 Ogos merupakan hari kemerdekaan buat Tanah Melayu yang telah diusahakan oleh Bapa Kemerdekaan Malaysia iaitu YM Tunku Abdul Rahman Putra. Detik itu diingati oleh penduduk Tanah Melayu iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. 16 September semakin lama semakin dilupakan iaitu hari pembentukan negara Malaysia dan hari kemerdekaan buat Sabah dan Sarawak yang telah menjadikan negara Malaysia menjadi negara yang semakin stabil dalam semua aspek walaupun cuba diganggu gugat oleh anasir luar.

Cuti umum pada 16 Setember juga setidak-tidaknya dapat mengingati sejarah dan pengorbanan pemimpin-pemimpin Sabah yang bertungkus lumus membebaskan negeri Sabah daripada penjajahan. Di negeri Sabah, perjuangan kemerdekaan telah dipelolopori oleh Kapten Datu Mustapha Bin Datu Harun. Semangat nasionalisme beliau begitu tinggi sehingga sanggup berjuang menentang pendudukan Jepun di negeri ini. Tun Mustapha merupakan satu-satunya pemimpin tempatan yang menyertai gerakan tentera biasa dan gerila di Filipina semasa perang dunia kedua. Beliau kembali ke Sabah menentang pendudukan Jepun sebaik taman latihan khas di Filipina dan Australia. Beliau pernah dilantik oleh Tentera Bersekutu memimpin Gerila Bawah Tanah menentang Jepun dan telah diberi pangkat Sarjan, Leftenan Muda dan akhirnya Kapten. Beliau dianugerahkan pingat ' World War II Pacific Star' dan Darjah Kebesaran Kerajaan British iaitu Officer of The British Empire (OBE) untuk mengahargai sumbangan beliau. Beliau dilantik sebagai Ketua Anak Negeri dengan gelaran Orang Kaya Kaya (OKK)pada tahun 1961.

Pada bulan Disember 1961, Tun Datu Mustapha telah menubuhkan parti USNO sebagai satu wadah penting untuk menuntut kemerdekaan Sabah dan sebagai persedian untuk menerajui pemerintahan baru yang diwakili oleh Bumiputera negeri ini. Pada dasarnya, beliau adalah antara tokoh yang menyokong utama pembentukan Malaysia dan beliau adalah antara tokoh yang memainkan peranan penting dalam memperjuangkan kemerdekaan Sabah melalui rundingan-rundingan dengan Kerajaan Malaya dan Britain yang mana akhirnya lahirlah Malaysia pada 16 September 1963.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. 16 september 1963 adalah hari pembentukan Perseketuan Malaysia apabila Perseketuan Malaya, Negara Sabah, Negara Sarawak dan Negara Singapura bersetuju bergabung untuk membentuk persekutuan yang dikenali sebagai MALAYSIA.

    Hari kemerdekaan Sabah adalah 31 ogos 1963 dan Sarawak pada 22 julai 1963.

    ReplyDelete
  3. Dalam perkara pembentukan Malaysia ini 3 sifat terserlah. Singapura bertuah, bijak. Malaya licik, penipu. SabahSarawak sempoi, dimakan malaya.

    ReplyDelete